fbpx

Piala AFF B-23: Malaysia tewaskan juara Sukan SEA 2023, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fergus Tierney meraikan jaringan yang dilakukan bersama rakan sepasukan pada aksi bertemu Indonesia sebentar tadi. - Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR – Pasukan bawah 23 (B-23) kebangsaan memulakan kempen Piala AFF B-23 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan seteru tradisi, Indonesia 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Rayong, Thailand itu, skuad muda negara yang dikendalikan oleh E. Elavarasan membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain seperti Aiman Afif, Syahir Bashah dan Aliff Izwan Yuslan.

Bagaimanapun, Indonesia yang masih segar dengan kejayaan meraih pingat emas Sukan SEA 2023 terlebih dahulu didepan hasil jaringan penyerang sensasi, Ramadhan Sananta pada minit ke-29.

Tersentak dengan gol tersebut, Elavarasan membuat rombakan pada babak kedua dengan memasukkan pemain berdarah kacukan daripada kelab feeder Johor Darul Ta’zim (JDT II), Fergus Tierney.

Kepercayaan yang diberikan tidak disiakan oleh Tierney untuk meledak gol penyamaan pada minit ke-54 selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Momentum cemerlang pemain berusia 20 tahun itu diteruskan apabila sekali lagi muncul wira negara untuk meledak gol kemenangan berselang lapan minit kemudian hasil penyudah yang menarik.

Sang Garuda muda yang dibimbing oleh Shin Tae-yong berusaha untuk bangkit meraih keputusan seri tetapi beberapa percubaan yang dilakukan pada penghujung perlawanan tidak menepati sasaran.

Selepas ini pasukan negara akan menentang Timor Leste pada 22 Ogos depan dengan juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI