fbpx

Nahas Elmina: Kawasan tragedi jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penduduk yang sempat berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar kawasan kejadian nahas pesawat ringan di di Elmina Central Park, Seksyen U16.

SHAH ALAM – Kawasan tragedi nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Elmina Central Park, Seksyen U16, menjadi tumpuan orang ramai sejak dibuka pada pukul 3 petang tadi.

Tinjauan Kosmo! dari pusat kawalan tempat kejadian mendapati ramai yang memperlahankan kenderaan dan ada juga yang sempat berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar.

Kelihatan beberapa penduduk yang beriadah di taman Elmina bersebelahan jalan ini juga mengambil kesempatan untuk merakam kawasan kejadian.

Walau bagaimanapun, polis sedang mengawal ketat 24 jam di sekitar bangkai pesawat bagi tujuan siasatan yang bakal dilakukan Isnin depan.

Semalam, nahas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas kira-kira pukul 2.48 petang telah mengorbankan seramai 10 mangsa.

Antara mangsa yang terlibat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dan menantu Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.

Penutupan persimpangan Elmina susulan kejadian tersebut menyebabkan kesesakan teruk hampir di semua laluan alternatif, pada pagi ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI