fbpx

Nahas Elmina: Boleh tayamum jika mandi jenazah memudaratkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa membawa keluar mayat mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam kelmarin. – AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Jenazah mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam, dekat sini boleh ditayamumkan sekiranya proses memandikan boleh memudaratkan lagi jenazah.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, apa yang penting ialah jenazah perlu dibersihkan untuk di­solatkan.

“Mayat yang tidak sempurna ini yang pentingnya setiap jenazah hendaklah dibersihkan dengan air suci. Segala kekotoran perlu dihilangkan kerana jenazah akan disolatkan.

“Solat dalam keadaan yang bersih, kecuali jika tidak boleh menggunakan air di mana boleh memudaratkan lagi jenazah, tayamum boleh dilakukan,” ­katanya ketika dihubungi ­Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai keadaan jenazah yang mungkin tinggal cebisan, Abdul Rahman berkata, bahagian jenazah yang tinggal boleh disekalikan dan dika­fankan seperti biasa sebelum pengebumian.

“Bergantung pada keadaan jenazah, pihak yang biasa me­nguruskan jenazah mereka tahu cara-caranya. Bahagian jenazah perlu dicantumkan semua yang ada kemudian dibersihkan seterusnya dikafankan seperti biasa,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, ada mayat mangsa nahas pesawat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan berkecai.

Dalam insiden pukul 2.50 petang kelmarin itu, 10 lelaki di­sahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Guthrie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI