JAKARTA – Lima remaja ditahan polis kerana melakukan hubungan intim di sebuah masjid dalam kejadian ndi Daerah Tulungagung, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita serambinews.com hari ini.
Peristiwa memalukan itu berlaku baru-baru ini. Ia terbongkar apabila penduduk tempatan, Tri Agus Triono yang menaiki motosikal berhenti dan menyoal lima orang yang duduk di bangku dekat sebuah masjid pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan).
Lima remaja itu ialah dua gadis bawah umur yang merupakan kakak dan adiknya, manakala dua lelaki juga berusia bawah umur, manakala seorang lagi suspek ialah pemuda berumur 24 tahun.
Tri berkata, kedua-dua gadis itu mengaku melakukan hubungan seks dengan dua remaja lelaki berkenaan di masjid, menyebabkan dia membuat laporan polis.
“Saat itu saya sedar berlaku persetubuhan di bawah umur. Kemudian saya menghubungi polis,” katanya.
Polis tiba di masjid tersebut dan menangkap kelima-lima suspek dengan empat daripada mereka mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh itu. – Agensi