fbpx

Remy Ishak ‘berserabai’ dukung anak, siapa yang pantang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Remy Ishak mendukung putera sulungnya mencuit hati netizen.

UMUM tahu, hero Malaya kegilaan ramai, Remy Ishak sudah bergelar bapa pada 27 Julai lalu dan sehingga hari ini masih belum berkongsi wajah putera sulungnya kepada umum.

Terbaharu, Remy mencuri perhatian ramai apabila gelagatnya mendukung bayinya menerusi sebuah video dimuat naik isterinya, Ezza Yusof dalam TikTok baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Ezza sedang membuat reviu menu berpantang sebelum Remy muncul sambil mendukung bayinya.

Namun, lain yang hendak direviu, lain pula yang diberi perhatian oleh netizen apabila gaya rambut Remy dikatakan tidak terurus dan kelihatan ‘serabai’.

“Lucu pula tengok Remy dengan rambut begitu. Siapa yang sedang berpantang sebenarnya.

“Bila serabai begitu, nampaklah si ayah pun sama-sama menjaga anak mereka. Tabahlah ya kalau tidak tidur malam,” seloroh netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI