fbpx

Suspek pecah 20 stesen minyak di tiga negeri diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam 20 kes pecah masuk stesen minyak di tiga buah negeri termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, berjaya diberkas polis, Selasa lalu.

MELAKA – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam 20 kes pecah masuk stesen minyak di tiga buah negeri termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, berjaya diberkas polis, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 32 tahun yang bekerja sebagai penghantar bungkusan diberkas sepasukan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dalam satu serbuan di Kuala Lumpur.

Katanya, tangkapan dibuat susulan tiga laporan yang diterima daripada pengusaha-pengusaha stesen minyak mengenai kejadian pecah masuk premis melibatkan kerugian keseluruhan RM50,000.

“Modus operandi suspek adalah menggunakan alatan seperti tukul besi untuk memecahkan kaca premis dan melarikan harta benda,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis syabu dan mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah samun serta dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI