fbpx

Nahas Elmina: Jalan Elmina Central Park dibuka 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh pihak bomba bagi membuang kesan minyak dan kebakaran.

SHAH ALAM – Jalan di Elmina Central Park, Seksyen U16, di sini, yang ditutup sejak semalam akibat nahas pesawat ringan mula dibuka kepada orang awam hari ini, pada pukul 3 petang.

Timbalan Ketua Zon Shah Alam, Samsol Maarif Saibani, berkata kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh tiga buah jentera bomba bagi membuang kesan minyak serta kesan kebakaran.

Ujarnya, sisa-sisa bangkai pesawat dan serpihan yang berkaitan juga akan dikumpulkan bagi tujuan siasatan.

“Pihak polis sudah berikan kebenaran untuk kita buka jalan di kedua-dua arah kepada orang awam bermula pukul 3 petang, hari ini.

“Selepas pihak bomba ‘standown’, bermula hari ini polis akan berkawal 24 jam di kawasan yang masih ada bangkai kereta dan bangkai pesawat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Samsol Maarif (tengah) ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di Jalan di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam, hari ini.

Menurutnya lagi, serpihan dan bangkai yang tinggal akan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan bermula Isnin depan.

Semalam, nahas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas kira-kira pukul 2.40 petang telah mengorbankan seramai 10 mangsa.

Antara mangsa yang terlibat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dan menantu Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI