fbpx

Nahas Elmina: Menantu Presiden JCorp antara mangsa korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dimuat naik JCorp di akaun Facebooknya.

PETALING JAYA – Menantu lelaki kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, adalah antara mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan JCorp menerusi hantaran akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.

Dalam hantaran yang sama, JCorp turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Syed Mohamed atas pemergian menantunya itu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham serta seluruh mangsa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Kami juga ingin memohon semua pihak untuk menghormati privasi keluarga dalam menghadapi ujian yang sukar ini,” tulisnya.

Menantu Syed Mohamed antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat yang sepatutnya dijadualkan mendarat pukul 2.40 petang semalam bagaimanapun dipercayai melencong sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Sehingga kini, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dituntut waris masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI