fbpx

Nahas Elmina: Semua agensi digerak bantu keperluan waris mangsa – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menenangkan salah seorang waris mangsa nahas pesawat persendirian itu di HTAR Klang. Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Pelbagai agensi kerajaan akan digerakkan untuk membantu semua waris mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu melibatkan kebajikan, tempat penginapan sementara dan keperluan lain yang diperlukan waris.

Katanya, saluran bantuan itu akan dilakukan pelbagai pihak seperti Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan agensi lain di peringkat negeri serta persekutan termasuk jabatan agama negeri.

“Menjadi keutamaan ketika ini adalah beri bantuan dari segi pengurusan jenazah, kelengkapan (pengurusan jenazah) dan lain-lain.

“Kita akan buat yang terbaik untuk bantu semua waris mangsa dan siapa boleh jangka perkara ini berlaku,” katanya selepas melawat waris mangsa tragedi itu di pekarangan luar unit forensik HTAR, di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar yang tiba di HTAR kira-kira pukul 12.55 tengah hari, sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit bagi menyantuni dan menzahirkan ucapan takziah daripada pihak kerajaan kepada waris-waris mangsa nahas tersebut.

Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada petugas keselamatan dan perubatan atas komitmen yang diberikan dalam operasi pencarian mangsa serta urusan pengecaman mayat.

Malah beliau turut berharap agar urusan pengecaman mayat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dapat diselesaikan segera demi kemudahan para waris.

“Saya ikuti perkembangan (nahas) ini dari semalam. Alhamdulillah, pasukan keselamatan, forensik hospital, jabatan agama dan beberapa badan kebajikan lain menjalankan tugas masing-masing dengan cekap seperti menguruskan tempat penginapan untuk waris.

“Saya begitu bangga dan ucap ribuan terima kasih kepada mereka (atas pelaksanaan tugas yang diberikan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI