fbpx

Nahas Elmina: Sekolah anak pembantu juruterbang buat bacaan Yasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di Facebook Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra.

PETALING JAYA – Pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pinggiran Putra, pagi ini mengadakan bacaan Yasin buat mangsa pesawat terhempas di Elmina, Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi sekolah itu, bacaan Yasin dibuat susulan dua orang anak Heikal Aras bersekolah di situ.

“Salam takziah buat adik Suri Balqish (4 Renang) dan Rafael Dzulqairy (3 Merbau ) serta keluarga atas pemergian ayahanda yang dikasihi En. Heikal Aras bin Abdul Azim.

“Justeru, pihak sekolah mengadakan bacaan Yasin untuk dihadiahkan kepada arwah pada hari ini di dewan terbuka, tapak perhimpunan SKDPP,” katanya.

Selain itu, sekolah tersebut juga membuat kutipan bagi sesiapa yang berhajat untuk memberi sumbangan kepada ahli keluarga mangsa.

Heikal Aras, 43, merupakan pembantu juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Elmina dan maut, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI