fbpx

Nahas Elmina: Warga SMK Seri Pelangai adakan tahlil, bacaan Yasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan pelajar dan guru SMK Seri Pelangai sedang mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil kepada mangsa nahas pesawat di Elmina, petang semalam.

PETALING JAYA – Pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pelangai mengadakan bacaan Yasin dan tahlil buat semua mangsa nahas pesawat terhempas di atas jalan raya di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam, petang semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, pihak sekolah turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga EXCO Kerajaan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun,  serta semua mangsa terlibat.

“Pada pagi ini diadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil kepada arwah Datuk Seri Johari Harun dan sembilan lagi mangsa yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina.

“Ingatan dan doa kami sentiasa mengiringi, semoga kesemua Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ahli keluarga tabah berdepan ujian yang amat berat ini,” tulisnya.

Terdahulu Kosmo! semalam melaporkan, seramai 10 mangsa maut dalam nahas kira-kira pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Kesemua mangsa yang maut adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 41 dan Heikal Aras Abdul Azim (45).

Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35) Muhammad Taufiq Mohd Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41).

Turut terkorban dalam nahas tersebut adalah penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh (32) serta pemandu kereta, Sharipuddin Shaari (51). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI