fbpx

Nahas Elmina: Mak seperti tahu abang terkorban – Adik mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Syahirah menunjukkan gambar Allahyarham dan ahli keluarganya di Seri Manjung, hari ini.

MANJUNG – “Mak seperti sudah tahu abang telah meninggal dunia apabila berita berkaitan pesawat terhempas itu mula tular di media sosial.”

Begitu luahan Nor Syahirah Omar, 29, adik kepada salah seorang mangsa pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam semalam, Shaharul Amir, 49.

Menurutnya, ibu mereka, Che Ana Abdullah, 67, tahu bahawa Shaharul Amir yang merupakan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menaiki sebuah pesawat yang dijadualkan berlepas dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Shaharul .

Ini kerana jelasnya, Shaharul telah memaklumkan kepada ibunya mengenai jadual perjalanan kira-kira pukul 7 pagi semalam.

“Bagaimanapun, apabila berita mengenai sebuah pesawat terhempas di Elmina mula tular, ibu cuba menghubungi abang namun segala panggilan tidak lagi berbalas.

“Ibu turut menyatakan perasaannya kuat mengatakan abang telah meninggal dunia, sehinggalah berita mengenai tragedi itu disahkan oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di rumah Allahyarham di Seri Manjung, hari ini.

Menurut Nor Syahirah, ibunya bagaimanapun reda dengan kejadian tersebut dan berada dalam keadaan tenang dan baik di kediamannya di Felda Lubuk Merbau di Sik, Kedah setelah mendapat berita berkenaan.

Pada masa sama dia berkata, adik-beradiknya yang lain seramai lima orang turut terkejut dan kelu lidah untuk berkata apa-apa kerana kejadian berlaku terhadap abang sulung mereka itu sekelip mata dan tanpa diduga.

Ujarnya, mereka adik-beradik juga hanya mengetahui tentang kejadian pesawat terhempas itu menerusi media sosial Facebook dan TikTok.

Katanya, abangnya menawarkan khidmat sebagai juruterbang helikopter kepada Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dan ketika kejadian, dia hanyalah seorang penumpang dalam pesawat berkenaan.

“Abang seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga, terutamanya selepas ayah meninggal dunia pada 2010. Dia banyak membantu adik-beradik ketika itu kerana ada yang masih bersekolah.

“Senang untuk berbincang apa-apa dengan abang, bahkan dia juga amat menjaga hubungan sesama ahli keluarga dan akan memastikan kami adik-beradik berhimpun bersama ibu setiap tahun,” katanya.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak berusia 19, 17, 15 dan 12 tahun serta seorang isteri, Suhaila Akasah, 47, yang merupakan seorang suri rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI