fbpx

[VIDEO] Nahas Elmina: Polis cari pemilik ‘dashcam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM- Polis kini sedang mencari pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam tragedi pesawat ringan di Persiaran Elmina, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman video tersebut boleh membantu siasatan pihak berkuasa menyelesaikan insiden tersebut.

“Kita akan cari mereka (pemilik kamera papan pemuka) bagi membantu siasatan kes ini.

“Tapi kalau boleh, nak minta mereka tampil kepada polis secepat mungkin dan kita sangat hargai kerjasama mereka,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini, pagi ini.

Dalam pada itu, Razarudin mengesahkan bahawa kotak hitam pesawat itu hanya mempunyai perakam suara kokpit (cockpit voice recorder) sahaja dan tidak mempunyai data rekod penerbangan (flight data recorder) seperti yang dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang akhbar, malam semalam.

Jelasnya, pesawat ringan seperti Beechcraft Model 390 (Premier 1) tidak mempunyai data rekod penerbangan.

“Jadi, perakam suara kokpit itu adalah kotak hitam yang telah ditemui pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) malam semalam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI