KLANG – Beberapa ahli keluarga mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), mula hadir di luar pekarangan unit forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Difahamkan, kehadiran mereka bertujuan untuk proses pengecaman mayat- mayat yang terlibat dalam nahas tersebut.
Semalam, polis memaklumkan telah menemui 10 mayat mangsa serta lima bungkusan cebisan badan milik mangsa. – KOSMO! ONLINE