fbpx

Nahas Elmina: Tak sangka adik sepupu rider terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafiz dipercayai penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Keluarga terdekat penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, di sini, hari ini meluahkan kedukaan sejurus menerima khabar kematian mangsa.

Menerusi hantaran Nurul Nazihah di Facebooknya, dirinya tidak dapat menahan kedukaan apabila mendapat tahu individu yang terlibat dengan nahas itu adalah adik sepupunya.

Katanya, dia hanya mengetahui mangsa tersebut saudara terdekatnya apabila dimaklumkan pihak polis sebentar tadi.

“Patutlah rasa sedih sangat sangat, simpati pada ‘rider’ yang terbakar kemalangan dengan pesawat di Elmina rupanya adik sepupu sendiri.

“Kenapa kena (kejadian tersebut) dekat yang aku kenal,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya meminta diberikan ruang untuk bertenang selepas menerima pelbagai soalan daripada pihak media.

“Sampai saat ini saya sendiri tak mampu untuk bertanya khabar Maklang dan Paklang, emosi kami semua tidak stabil.

“Saya minta bagi masa dan ruang untuk kami sekeluarga bertenang,” katanya.

Difahamkan, mangsa, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah bekerja sebagai penghantar makanan di ibu kota.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lima mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna di mana sebahagian anggota tubuh badan masih belum ditemui.

Menurut beliau, ada antara lima mayat ini tidak lengkap dan dipercayai adalah antara lapan penumpang dan krew pesawat berkenaan.

Tegasnya, pada masa ini tumpuan utama pasukan penyelamat adalah mencari kesemua mangsa nahas serta cebisan dan anggota tubuh badan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI