fbpx

Nahas Elmina: Juruterbang pesawat N28JV berpengalaman – CAAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi tragedi bangkai pesawat yang hangus terbakar selepas terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SUBANG – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan juruterbang pesawat N28JV yang terhempas petang tadi, berpengalaman dalam dunia penerbangan.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Norazman Mahmud, berkata, kedua-duanya juga mempunyai lesen penerbangan yang sah dan berdaftar.

“Ia diterbangkan oleh juruterbang yang berpengalaman.

“Ada lesen dan pendaftaran juga. Kita akan dapatkan dokumen penting untuk siasatan awal.

“Dari segi operasi, masih terlalu awal untuk kita bertindak sebelum siasatan penuh dijalankan,” katanya ketika sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS), malam ini.

Sebelumnya Kosmo! melaporkan, syarikat penerbangan, Jaet Valet mengesahkan pesawat peribadi jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas dalam kejadian di Lebuh raya Guthrie, dekat Elmina, kira-kira pukul 2.40 petang tadi, adalah pesawat milik syarikat tersebut.

Antara 10 mangsa terkorban ialah Exco Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai di bawah Parlimen Bentong, Datuk Seri Johari Harun. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI