fbpx

Lelaki ditangkap selepas terjun dari Menara Eiffel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Menara Eiffel di Paris dirakam pada 16 Ogos lalu. – AFP

PARIS, Perancis – Seorang lelaki ditangkap di Paris hari ini selepas terjun daripada Menara Eiffel dengan menggunakan payung terjun, kata polis dan pengendali monumen tersebut.

Lelaki itu merupakan seorang pendaki berpengalaman. Dia memasuki perimeter Menara Eiffel  sejurus selepas pukul 5 pagi (waktu tempatan), jauh sebelum waktu pembukaan rasminya.

Dia segera dikesan oleh pengawal-pengawal, demikian menurut pengendali  Eiffel, Sete tetapi berjaya sampai ke puncak sebelum sesiapa dapat menghalangnya, sambil membawa payung terjun dalam beg galas belakang.

“Sebaik sahaja hampir sampai ke puncak struktur setinggi 330 meter itu, dia terjun,” kata Sete.

Polis berkata, lelaki itu mendarat di sebuah stadium berhampiran dan ditangkap kerana membahayakan nyawa orang lain.

“Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini menyebabkan mereka yang  bekerja di Menara Eiffel dan bawahnya berada dalam bahaya,” tambah Sete.

Menara Eiffel yang berada di ibu kota Perancis itu menarik 5.9 juta pelawat pada tahun lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI