fbpx

[VIDEO] Nahas Elmina: Dashcam kereta sempat elak api marak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kamera papan pemuka yang dikongsi di media sosial.

SUNGAI BULOH – Tular di media sosial beberapa video kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan saat-saat akhir pesawat peribadi jenis Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini petang tadi.

Menerusi salah satu video yang dirakam di bahagian depan sebuah kereta, kelihatan pesawat itu terhempas betul-betul di jalan bertentangan yang dilalui kenderaan tersebut.

Pemandu yang panik dan cemas kelihatan sempat mengelak merentasi api yang sedang marak akibat nahas itu.

Di dalam video lain pula, sebuah rakaman televisyen litar tertutup sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian sempat dikongsi pemiliknya di media sosial.

Tiga saat selepas terhempasnya pesawat itu, kelihatan rumah tersebut bergegar akibat impak kebakaran yang terjadi di jalan raya tersebut.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 mangsa meninggal dunia akibat nahas yang berlaku kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

Antara mangsa yang disahkan terkorban adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin di akaun Facebook.

Pesawat tersebut sepatutnya dijadualkan mendarat pukul 2.40 petang bagaimanapun dipercayai hilang kawalan sebelum terhempas.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat . – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI