fbpx

Nahas Elmina: Persimpangan Elmina ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi bangkai pesawat hangus terbakar selepas terhempas di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, hari ini. -FOTO SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA – Persimpangan Elmina iaitu laluan keluar dan masuk ke kawasan perumahan di kedua-dua arah dari Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) ditutup buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembersihan dan siasatan selesai.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan berkata, para pengguna diminta untuk menggunakan laluan alternatif.

Penutupan itu susulan kejadian sebuah pesawat peribadi yang dilaporkan terhempas di persimpangan Elmina menuju Elmina Barat, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) pukul 3 petang tadi.

Keadaan lalu lintas sesak di Lebuh Raya Guthrie.

“Menurut laporan awal, kemalangan turut melibatkan sebuah motorsikal. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ambulans dan Peronda GCE telah berada di lokasi kejadian untuk kerja-kerja pembersihan dan mengawal trafik.

“Pengguna diminta untuk menggunakan laluan alternatif. Sebarang aduan dan pertanyaan, sila hubungi hotline PROLINTAS di 1 800 22 8888,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, 10 individu disahkan maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Lebuh raya Guthrie, dekat Elmina kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

Difahamkan ketika ini beberapa laluan sekitar lebuh raya tersebut sesak teruk antaranya Jalan Kampung Melayu Subang, Jalan Sungai Buloh dan laluan Denai Alam  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI