fbpx

Rolls-Royce dilanggar trak pikap, pemandu wanita tuntut ganti rugi RM170,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuhan bersama peguamnya, Anirut tiba di Pejabat Polis Lebuhraya hari ini. - Twitter/ Sanook

BANGKOK – Seorang wanita warga China menuntut pampasan 1.3 juta baht (RM170,080) daripada pemandu trak pikap warga Thailand kerana melanggar kereta Rolls-Royce miliknya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kemalangan pada Isnin lalu, lelaki Thailand itu bertegas bahawa wanita tersebut berhenti mengejut, menyebabkan kenderaan mereka berlanggar.

Dia berkata, wanita terbabit tidak meminta sebarang bayaran ganti rugi ketika kejadian. Netizen memuji tindakan wanita itu kerana kos membaiki kerosakan keretanya dianggarkan mencecah 2 juta baht (RM261,807).

Plot insiden itu bagaimanapun berubah apabila peguam wanita tersebut, Anirut Kongsub menghubungi Polis Lebuh Raya dan menafikan keterangan pemandu trak pikap itu.

Anirut bertegas anak guamnya langsung tidak memaafkan lelaki itu. Dia meninggalkan lokasi kejadian hanya kerana tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand.

Wanita dikenali sebagai Sun Yuhan itu pergi ke pejabat Polis Lebuh Raya hari ini untuk memfailkan aduan terhadap lelaki tersebut.

Yuhan memberitahu, dia mempunyai beberapa restoran di Bangkok dan Pattaya tetapi tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand.

Pada hari kejadian, Yuhan menjelaskan bahawa dia memandu ke pusat servis kereta untuk menukar minyak enjin. Dia memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam sebelum memperlahankan kenderaan kerana kesesakan lalu lintas di hadapannya.

Trak pikap yang dipandu laju itu merempuh keretanya dari belakang. Yuhan yakin dia bukan punca kemalangan itu.

Timbalan Pengarah Polis Lebuh Raya, Sophon Komolsutthi mendedahkan bahawa tiada sesiapa yang membuat aduan kepada pihaknya selepas kemalangan itu. Pemandu trak itu dipanggil ke pejabatnya untuk disoal siasat esok. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI