fbpx

Remaja jual rumah pusaka separuh harga demi beli motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xiaohua didapati ditipu oleh dua ejen hartanah tersebut yang membeli rumah itu pada separuh harga. – SCMP

BEIJING – Seorang remaja di wilayah Henan, China menjual rumah pusaka bernilai 1 juta yuan (RM635,757)  yang diwarisi daripada keluarganya pada separuh harga demi membeli sebuah motosikal, lapor laman berita India Times semalam.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, remaja hanya dikenali sebagai Xiaohua itu dikatakan meminta ibu bapanya membelikan motosikal untuk dirinya.

Disebabkan ibu bapanya enggan menuruti permintaan tersebut, dia menjual rumah pusaka itu kepada dua ejen hartanah tanpa pengetahuan mereka.

Xiaohua dikatakan bersetuju menjual rumah itu pada harga 526,226 yuan (RM334,761) sebelum ejen hartanah pertama menjualnya semula kepada ejen hartanah lain pada harga lebih tinggi, lapor akhbar South China Morning Post.

Sejurus mendapat tahu perkara itu, ibu Xiaohua meminta kedua-dua ejen hartanah  membatalkan urus niaga tersebut. Dia membawa kes itu ke mahkamah setelah mereka enggan berbuat demikian.

Selepas meneliti pengakuan Xiaohua dan dua ejen hartanah tersebut, hakim membuat keputusan bahawa remaja berkenaan tidak mengetahui nilai hartanah itu.

Ejen hartanah berkenaan juga dikatakan mengumpan Xiaohua agar menjual rumah itu pada harga rendah.

Mahkamah membatalkan perjanjian jual beli tersebut dan memulangkan semula hartanah itu kepada Xiaohua. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI