fbpx

Nahas Elmina: CAAM sahkan Beechcraft Model 390 terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lebuhraya selepas sebuah pesawat dipercayai terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV telah terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam, Selangor petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn. Bhd. bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang itu menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

“Hubungan pertama yang dibuat oleh pesawat dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada pukul 2.47 petang dan pelepasan pendaratan diberikan pada pukul 2.48 petang.

“Pada pukul 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang memerhatikan asap yang berpunca dari lokasi nahas tetapi tiada panggilan ‘mayday’ dibuat oleh pesawat itu.

“Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KL ARCC) telah diaktifkan untuk menyelaraskan misi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, seramai enam penumpang dan dua kru penerbangan berada di dalam pesawat dan keadaan mereka masih belum dapat diketahui.

Jelasnya, siasatan keselamatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI