fbpx

EPL: Caicedo sarung nombor jersi Zola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAICEDO kembali menggunakan No. 25 yang pernah disarung Zola dan telah direhatkan sejak 20 tahun lalu. - FB CHELSEA

LONDON – Pemain baharu Chelsea, Moises Caicedo sah akan menyarung jersi ikonik No. 25 yang pernah direhatkan sejak 20 tahun lalu sebagai penghormatan kepada legenda pasukan itu, Gianfranco Zola.

Memandangkan nombor tersebut tidak direhatkan secara rasmi sebelum ini, Caicedo berhasrat untuk menggunakannya dan ia mendapat ‘perkenan’ Zola sendiri yang berharap dia dapat meneruskan legasi tersebut.

Caicedo berkata, angka tersebut merupakan sesuatu yang sangat istimewa dirinya dan keluarga selain dia turut menyarung nombor jersi sama ketika beraksi bersama Brighton sebelum ini.

“Saya sangat gembira dan bangga untuk menyarung nombor ini. Saya sudah bercakap dengan Gianfranco Zola dan beliau beri kebenaran kepada saya untuk memakainya, jadi ia sesuatu yang sangat bermakna.

“Nombor ini sangat penting kepada saya kerana ia sangat istimewa untuk saya dan keluarga. Saya mahu cipta lebih banyak kenangan bersama Chelsea dengan memakai nombor ini di belakang saya,” katanya.

Untuk rekod, jersi No. 25 itu direhatkan secara tidak rasmi sebagai penghormatan kepada Zola yang pernah beraksi bersama The Blues antara 1996 dan 2003 sehingga dia mendapat status legenda.

“Hai Moises (Caicedo), terima kasih atas pesanan yang diberikan sebelum ini. Saya harap ia (No.25) akan berikan kebahagiaan kepada anda sama seperti yang saya rasakan sebelum ini,” ujar Zola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI