fbpx

Muntah teruk, Alvin Chong masuk hospital Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alvin mula rasa kurang sihat sebaik sahaja transit di Bangkok, Thailand iaitu sebelum meneruskan penerbangan ke Switzerland.

PETALING JAYA – Pelakon Alvin Chong dikejarkan ke sebuah hospital di Switzerland disebabkan keracunan makanan.

Alvin atau nama lengkapnya, Alvin Chong Chean Wah memaklumkan, dia mula rasa kurang sihat sebaik sahaja transit di Bangkok, Thailand iaitu sebelum meneruskan penerbangan ke Switzerland.

“Saya mula rasa tidak sedap badan semasa transit di Bangkok.

“Ketika dalam penerbangan ke Switzerland, saya muntah teruk di tempat duduk dalam kapal terbang.

“Apabila selamat mendarat, saya terus dibawa ke hospital untuk melakukan ujian darah dan dapatkan suntikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Pelakon Hantu Judi itu berkunjung ke negara terbabit bagi menjalani penggambaran video muzik lagu baharunya.

“Tahun ini saya ada dua buah lagu Bahasa Inggeris yang bakal dilancarkan,” ujarnya.

Hari ini, menerusi Instagramnya Alvin, 32, memuat naik beberapa keping fotonya berada di hospital di bandar Nuechatel, Switzerland.

Beberapa rakan selebriti seperti Fazura, Adriana Adnan dan Shah Iskandar turut mendoakan kesihatannya segara puluh selain melahirkan kebimbangan atas keadaan aktor itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI