fbpx

77 titik panas dikesan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Sebanyak 77 titik panas dikesan di beberapa kawasan sekitar negeri ini dalam tempoh 1 hingga 15 Ogos ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni, berkata berdasarkan laporan oleh Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura semalam, bilangan titik panas tertinggi dikesan pada 1 Ogos lepas iaitu sebanyak 36 titik panas.

Manakala, katanya 2,153 titik panas turut dikesan di Kalimantan, dengan bilangan tertinggi ialah pada 5 Ogos iaitu sebanyak 376 titik panas.

“Pada tempoh 13 hingga 15 Ogos, tiada titik panas dikesan di Sarawak manakala sebanyak 424 titik panas dikesan di Kalimantan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata ASMC juga melaporkan bagi tempoh Januari sehingga Julai 2023, sejumlah 195 titik panas dikesan di Sarawak manakala 2,820 titik panas pula telah dikesan di Kalimantan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI