KUALA TERENGGANU – Tempoh reman suspek kes pembunuhan seorang pemandu kereta sewa di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus pada Khamis minggu lalu telah dilanjutkan tujuh hari lagi sehingga 24 Ogos ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, perintah reman tersebut dibenarkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini hari ini.
Beliau berkata, sebelum ini, suspek berusia 29 tahun tersebut telah direman selama tujuh hari sejak Jumaat minggu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suspek yang cedera akibat kejadian itu telah dibenarkan keluar wad beberapa hari lalu setelah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSZN) di di sini.
“Lelaki berkenaan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE