fbpx

9 PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang PATI warga Myanmar ditahan ketika menaiki feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah pada Isnin lalu.

ALOR SETAR – Hasrat sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke Kuala Kedah dengan menaiki feri penumpang dari Langkawi tidak kesampaian apabila mereka ditahan di perairan Kuala Kedah, dekat sini pada Isnin lalu.

Kesemua mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam Op Aman kira-kira pukul 9.20 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pemeriksaan mendapati semua warga asing itu hanya memiliki salinan surat dan kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

“Surat dan kad UNHCR itu meragukan memandangkan permohonan pemilikan kad tersebut telah dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI