fbpx

Dua kematian kes denggi direkodkan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (tengah) bersama penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang sempena Majlis Sambutan Jalur Gemilang Peringkat Wisma Persekutuan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Dua kes kematian akibat demam denggi direkodkan di Kelantan bermula Januari sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya mendapati berlaku peningkatan sehingga 225 peratus iaitu sebanyak 1,514 kes demam denggi dilaporkan.

Menurutnya, bagaimanapun, jumlah kes denggi tahun ini lebih rendah berbanding kes sebelum pandemik Covid-19 apabila menunjukkan penurunan sebanyak 50 peratus iaitu 3,030 kes pada 2020.

“Pada Minggu Epidemiologi lalu, berlaku peningkatan kes denggi di Kelantan. Peningkatan itu dijangka akan terus berlaku berikutan cuaca hujan dan panas ketika ini.

“Jadi, semua pihak perlu mengambil langkah proaktif terutamanya menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mengelakkkan peningkatan kes denggi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Jalur Gemilang Peringkat Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, sepanjang tempoh Januari sehingga 12 Ogos lalu, sebanyak 122 wabak denggi dicatatkan berbanding 26 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 97 wabak denggi telah tamat manakala 25 lagi masih aktif dan tiada wabak hot spot yang melebihi 30 hari berlaku di negeri ini.

“Setakat ini, lokaliti hot spot wabak tersebut yang dikenal pasti adalah di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.

“JKNK sentiasa menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan untuk semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI