fbpx

Ikrar Bebas Rasuah mesti diterjemah dalam tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR – Semua warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diseru agar mengambil prinsip amanah sebagai paksi utama selain melaksanakan akur janji bagi memerangi amalan rasuah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rasuah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jika tidak berhati-hati dan boleh meruntuhkan negara dengan sekelip mata.

Menurutnya, berdasarkan pendedahan yang dibuat sama ada pihak antarabangsa atau kajian bebas, menunjukkan data yang menggerunkan.

“Berbilion ringgit wang negara dibazirkan kerana amalan rasuah ini. Jadi teguran itu adalah menyeluruh dan berfakta. Saya sendiri rasa terharu dengan program ini dan bagaimana kita nak memerangi rasuah sebagai tanggungjawab bersama.

“Semoga ikrar itu dapat kita laksanakan bersama untuk memulihkan kedudukan perbelanjaan negara selain mengurangkan segala bentuk pembaziran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Forum Eksekutif Merdeka Tadbir Urus Terbaik dalam Sektor Awam di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini hari ini.

Turut diadakan upacara lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai pembuktian warga KPKM dalam memerangi rasuah yang disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, hampir kesemua negara maju mempunyai index rasuah yang agak rendah.

“Sebelum ini, Malaysia terkenal dengan integriti yang tinggi terutama selepas merdeka melibatkan pegawai kerajaan. Kita harap integriti ini dapat dipulihkan dan dipertahankan kembali,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI