fbpx

Pekerja kilang maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil, dekat Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kilang maut selepas kereta yang dia pandu bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil, dekat sini semalam.

Kemalangan kira-kira pukul 7 malam itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak melanggar lori tersebut yang terbalik di tengah jalan.

Kejadian mengakibatkan pemandu kereta jenis Proton Satria, Muhammad Nazafee Abdul Jalil, 20, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil ke Bukit Selambau.

Katanya, kereta tersebut dikatakan dipandu dengan laju menyebabkannya hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

“Pada masa sama, seorang penunggang motosikal jenis Honda RS dari arah Bukit Selambau tidak sempat mengelak lalu melanggar lori yang terbalik di tengah jalan.

“Kejadian tersebut mengakibatkan pemandu kereta maut akibat kecederaan parah pada kepala sementara pemandu lori dan penunggang motosikal cedera ringan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI