fbpx

Penguatkuasa, pemilik syarikat direman rasuah bawa masuk warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik syarikat ( depan) dan penguat kuasa (belakang) ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. FOTO: SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Seorang anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan rasuah berjumlah RM105,000 untuk kemasukan warga asing, tahun lalu.

Turut direman bagi tempoh sama adalah pemilik sebuah syarikat dengan kedua-dua lelaki berkenaan berusia 31 dan 43 tahun.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas meneliti permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, kedua-dua suspek terdahulu ditahan pukul 1 tengah hari semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati rasuah tersebut bagi mendapatkan surat jaminan kemasukan warga asing ke negara ini untuk bekerja sebagai pelaut.

“Bagaimanapun warga asing tersebut akhirnya tidak bekerja sebagai pelaut.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut dari September hingga Disember tahun lalu,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 17 (b) Akta SPRM 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI