fbpx

Sakit terpijak ikan weever seperti kesakitan wanita bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI diberi amaran agar tidak memegang ikan weever. – Daily Post

LONDON – Seorang lelaki memberi amaran mengenai sejenis ikan kecil yang biasa ditemui di tepi pantai di Britain, namun ia boleh mengeluarkan racun berbisa, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Louis dari Norfolk, England, sedang berjalan bersama isteri dan anak kecilnya apabila dia melihat ikan weever itu di dalam pasir di sepanjang pantai.

Dia memegang ikan tersebut pada bahagian sirip ekor lalu melepaskannya ke dalam laut sebelum menyuarakan rasa kesal bertindak demikian.

“Mengapa saya berbuat demikian? Pasti badan saya dipenuhi ruam esok,” katanya.

Ikan weever dapat dilihat ketika air surut dan mempunyai duri berbisa pada sirip ekor serta insang yang boleh menembusi kulit jika dipegang.

Ia gemar bersembunyi di dalam pasir dan menyamar. Walaupun tidak mematikan dalam kebanyakan kes, sengatannya menyebabkan rasa sakit teruk sama seperti sakit bersalin.

Menurut laman web British Sea Fishing, rasa sakit kebiasaannya beransur pulih dalam masa 12 hingga 24 jam. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI