fbpx

Selangor, Putrajaya antara diramal ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tujuh negeri termasuk Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara yang diramal dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menurut hantaran Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di Facebook, di Selangor kawasan terlibat adalah di Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya melibatkan seluruh kawasan.

“Turut terkesan, seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik) dan Pahang (Rompin).

“Cuaca buruk sama juga diramal berlaku di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) dan seluruh Melaka,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI