fbpx

Dua termasuk penguat kuasa ditahan rasuah bawa masuk warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk anggota penguat kuasa ditahan selepas dipercayai terlibat dalam rasuah berjumlah RM105,000 untuk kemasukan warga asing, tahun lalu.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 40an itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati rasuah tersebut bagi mendapatkan surat jaminan kemasukan warga asing ke negara ini untuk bekerja sebagai pelaut sedangkan mereka bukan bekerja sebagai pelaut.

Katanya, salah seorang suspek yang ditahan merupakan pemilik sebuah syarikat.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut dari September hingga Disember tahun lalu,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dengan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Shah Alam, esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 17 (b) Akta SPRM 2009,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI