fbpx

Ambulans bawa pesakit terbalik akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambulans yang terbalik dalam kemalangan di KM1, Jalan Chukai - Air Putih berhampiran lampu isyarat MPK, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Chukai-Air Putih, berhampiran persimpangan lampu isyarat Majlis Perbandaran Kemaman di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 10.45 pagi itu, pemandu ambulans berkenaan berusia 37 tahun cedera ringan manakala rakan sekerjanya, seorang pembantu perubatan berumur 27 tahun pula terselamat.

Sewaktu kejadian, pesakit merupakan seorang guru lelaki berusia 55 tahun yang mereka bawa telah meninggal dunia di dalam ambulans berkenaan sebelum kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, dua petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Air Putih berkenaan mengambil pesakit berkenaan yang dikatakan tiba-tiba rebah di rumahnya di Kampung Seberang Tayor di sini.

“Siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, ambulans itu dirempuh sebuah kenderaan pikap jenis Mitsubishi. Kenderaan pikap yang dalam perjalanan ke sebuah bengkel di Batu 2 dari Telok Kalong di sini gagal mengelak ambulans terbabit sewaktu membelok ke kanan setelah lampu isyarat bertukar warna hijau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, rempuhan itu menyebabkan ambulans tersebut terbabas lalu terbalik dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI