fbpx

Kaki tidur dapat anugerah Naib Canselor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sering tertidur ketika dalam bilik kuliah, tetapi catat keputusan cemerlang

PETALING JAYA – “Rajin tidur pun dapat selempang merah jambu”.

Itu antara komen pengguna media sosial terhadap sebuah video yang dikongsi seorang graduan berhubung kejayaannya memperoleh anugerah naib canselor (ANC) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini.

Menerusi video itu, graduan terbabit berkongsi beberapa gambarnya yang sering tertidur ketika di dalam bilik kuliah.

“Dia bukan tidur, dia sedut ilmu dari buku,” tulis kapsyen video tersebut.

Walaupun sering tidur ketika kuliah, graduan tersebut berjaya memakai selempang merah jambu yang cukup terkenal dalam kalangan graduan UiTM.

Untuk mendapatkan selempang itu ataupun ANC, graduan mesti mendapat anugerah dekan dengan Purata Nilai Gred (GPA) 3.50 ke atas setiap semester.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna kagum dengan pencapaian graduan tersebut.

“Wujud sebenarnya kawan begini, kerjanya tidur saja tapi keputusan gempak. Kalau kawan dengan dia kena hati-hati, kita jenis tak berapa pintar sangat kalau terikut gaya dia memang hancur,” kata Norazlina.

“Yang nampak dia tidur di kelas, yang pukul 2,3 pagi dia bangun solat Tahajud, kemudian belajar sampai subuh tiada siapa yang nampak,” kata Amoq.

“Pernah dulu ada kawan macam ni. Rasa geram je dia boleh duk buat tahi mata. Anugerah Allah pada dia,yang kita Anugerah lain Allah bagi,” kata Zuraini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI