PETALING JAYA – Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, UMW Grantt International Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW serta pengeluar minyak pelincir Grantt Stellar akan mengadakan kempen Semarak Merdeka pada 26 Ogos ini.
Kempen yang diadakan di bengkel Maxipura Sdn. Bhd., Shah Alam itu bertujuan untuk menghargai semua pihak termasuk pelanggan setia yang menggunakan rangkaian milik pelincir UMW Grantt salah satu jenama dipercayai di Malaysia.
Menariknya, sempena kempen ini, UMW Grantt turut menyediakan pelbagai aktiviti dan promosi istimewa kepada semua bermula 15 Ogos sehingga 15 Oktober ini.
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah servis penukaran minyak pelincir oleh mekanik terlatih di Maxipura dan sesi ramah mesra bersama ‘influencer’ pakar dalam bidang automotif, Abang Gan daripada portal, Pandu Laju.
Selain itu, pihak UMW dengan kerjasama Media Mulia Sdn. Bhd. sebagai media rasmi turut menyediakan acara sampingan seperti persembahan ‘busker’ dan pelbagai trak makanan turut disediakan untuk pengunjung yang hadir.
Pelbagai juadah disediakan secara percuma kepada pengunjung antaranya sate bersama kuah kacang, cendol dan burger bagi memeriahkan suasana nanti.
Pengunjung turut berpeluang bertemu dengan maskot Mamak Cyber dan Kapten Kosmo! di lokai tersebut.
Paling istimewa pada hari tersebut adalah semua pengunjung akan diberikan baucar pembelian produk rangkaian minyak pelincir Grantt Stellar, salah satu produk premium oleh kumpulan UMW, dari Malaysia untuk Malaysia bernilai RM30.
Malah, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di samping mencanting batik yang disediakan.
Aktiviti mencanting yang bermotifkan kemerdekaan itu adalah sebahagian daripada program untuk menyemarakkan Bulan Kemerdekaan serta memupuk semangat cintakan negara.
Justeru, orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara yang akan bermula 10 pagi dan dijangka berakhir 3 petang itu.
Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn. Bhd., En. Iskandar Mohamed Salleh berkata, Kempen Semarak Merdeka bukan sahaja akan mempamerkan kualiti dan prestasi pelincir UMW Grantt tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan perjalanan yang selamat dan boleh dipercayai.
“Kami memahami kepentingan keselamatan jalan raya, terutamanya pada musim perayaan dan cuti panjang apabila keluarga berkumpul untuk meraikannya bersama-sama. Oleh itu, menerusi kempen dan acara yang akan dijalankan ini, ia akan menyerlahkan kepentingan pemanduan yang bertanggungjawab.
“Selain itu, ia turut menyerlahkan peranan yang dimainkan oleh pelincir premium dalam memastikan perjalanan yang lancar serta selamat untuk semua.
“Malah, acara yang disediakan juga bukan sahaja mengenai minyak pelincir, tetapi adalah tentang meraikan warisan Malaysia kita di samping mengajak semua untuk menghayati erti kemerdekaan dan memupuk penglibatan masyarakat serta mencipta kenangan yang berkekalan untuk semua yang hadir,” katanya.
Selain kemuncak kempen pada 26 Ogos nanti, UMW Grantt International Sdn. Bhd. turut menyediakan pelbagai promosi ke atas pembelian minyak pelincir di bawah kumpulan tersebut.
Antaranya, pelanggan akan mendapat sebuah beg galas Grantt percuma menerusi pembelian minyak pelincir Grantt Stellar 8000 Sintetik Penuh (Fully Synthetic), manakala bagi pembelian minyak pelincir Grantt Stellar 5000 Synthetic Blend (Campuran Sintetik) pula akan mendapat ‘pouchbag’ secara percuma.
Selain itu, bagi pembelian minyak pelincir Grant Stellar 1000 Premium Mineral, pelanggan akan mendapat ‘drawstring bag’ sebagai tanda sokongan terhadap jenama Grantt Stellar. Promosi ini bermula dari 15 Ogos sehingga 15 Oktober ini tertakluk kepada syarat dan terma serta selagi stok masih ada.