fbpx

[VIDEO] Seksyen 13 Shah Alam banjir, sungai Batu 3 lepasi paras amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir melanda kawasan Seksyen 13, Shah Alam.

PETALING JAYA – Hujan lebat yang berlarutan sejak sejak pukul 2 petang tadi menyebabkan kawasan Seksyen 13 di Shah Alam dinaiki air.

Menerusi perkongsian video di media sosial, beberapa jalan raya di kawasan terbabit ditenggalami air sehingga paras lutut.

Banjir tersebut turut menjejaskan beberapa premis perniagaan sehingga ke kawasan Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13.

Sementara itu, laman web Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan setakat pukul 4.50 petang tadi, Sungai Damansara di Batu Tiga, Shah Alam dilaporkan melebihi paras amaran.

Ia merekodkan bacaan 5.35 meter (m) berbanding bacaan normal iaitu 2.7 m dan masih menunjukkan trend meningkat ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI