MENJADI perbualan hangat dalam Twitter apabila tular bahagian paha bintang K-Pop Lisa Blackpink berparut dan selulit.
Itu membuktikan bahawa secantik-cantik kejadian manusia, tiada yang sempurna dan semestinya ada cela hanya menunggu masa untuk dibidik lensa kamera paparazi.
Ramai peminat mula hilang rasa insecure atau tidak selamat dengan untaian foto yang berlegar dalam gelanggang media sosial tersebut.
“Lisa juga punya selulit. Akhirnya rasa insecure saya hilang.
“Lisa yang ramping masih punya selulit, apalagi dugong macam saya.
“Untuk para wanita, selulit itu adalah normal. Wanita yang banyak duit seperti Lisa juga ada selulit, jadi jangan rasa insecure lagi,” demikian tulis netizen.
Rentetan penularan foto tersebut, peminat mempertahankan pelantun lagu Money itu dengan mengatakan dia juga manusia biasa yang tidak sempurna.
Baru-baru ini, Lisa atau nama sebenarnya, Pranpriya Manobal mengadakan persembahan di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat bagi siri jelajah konsert kumpulan Blackpink.
Semasa mengadakan persembahan, kedudukan penyanyi itu ketika mengangat kaki menarik perhatian netizen yang berjaya merakamkan foto parut dan selulit pada bahagian pahanya. – KOSMO! ONLINE