fbpx

Nadeera lebih bagus daripada saya, Cakra Khan – Zainal Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINAL Abidin turut mengakui nyanyian Nadeera Zaini sebenarnya lebih hebat berbanding dirinya yang sudah lebih 40 tahun dalam dunia muzik.

PETALING JAYA – Penghibur terkenal Datuk Zainal Abidin menzahirkan rasa bangga apabila bakat bekas protegenya, Nadeera Zaini kini sudah diterima ramai sebagai penyanyi,

Menurut Zainal, bakat besar dimiliki juara Big Stage (BS) 2023 itu sememangnya tidak harus disia-siakan. Penyanyi berusia 64 tahun itu bahkan tambah tumbang berbesar hati apabila Nadeera terpilih untuk membuat persembahan pada konsert Cakra Khan yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, 17 September depan.

“Dia sememangnya layak untuk berada dalam konsert itu. Pada pendapat saya, dia sebenarnya lebih bagus daripada Cakra sendiri kerana sangat versatil dalam teknik nyanyian.

“Teknik nyanyiannya sangat hebat, rasa bangga apabila ramai sudah membuka mata dan sedar kehebatannya sebagai penyanyi. Ini rezekinya,” katanya kepada Kosmo! Online di sini semalam.

Pelantun lagu Hijau itu juga turut berasakan dirinya sudah tidak mampu mencapai tahap nyanyian yang hebat setanding Nadeera.

“Saya yang sudah menyanyi selama 40 tahun ini juga tidak mampu untuk membuat persembahan sehebat Nadeera. Dia lebih bagus daripada saya.

“Dulu orang tak pandang pun bakat dia kerana dikatakan tidak mempunyai pakej lengkap, sekarang Nadeera antara yang terbaik.

“Sekarang, peluang sudah terbuka luas kepadanya. Terpulang kepada Nadeera untuk menggunakan semua yang diraihnya pada hari ini dengan cara apa pun,” ujarnya.

Sebelum dikenali ramai seperti hari ini, Zainal merupakan antara insan paling bertanggungjawab membawa Nadeera atau nama penuhnya Farah Nadeera Zaini sebagai protegemnya dalam program Mentor Legend sekitar 2014 yang turut disertai Aina Abdul iaitu protege kepada Ella. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI