fbpx

Parti Suu Kyi menang majoriti mutlak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YANGON, Myanmar – Parti pemerintah pimpinan Aung San Suu Kyi menang majoriti mutlak dalam pilihan raya umum Myanmar, demikian menurut keputusan rasmi hari ini.

Parti Suu Kyi, Liga Nasional Demokrasi (NLD) telah mengisytiharkan kemenangan besar berdasarkan pengiraan sendiri yang mendorong sambutan besar-besaran oleh para penyokongnya.

Bagaimanapun, angka rasmi belum diumumkan lima hari selepas pilihan raya diadakan. Pemilihan kali ini adalah pilihan raya umum kedua  sejak Myanmar beralih daripada pemerintahan tentera pada tahun 2011.

Keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar hari ini menunjukkan NLD menang  368 kerusi atau lebih 50 peratus kerusi Parlimen  walaupun selepas mengambil kira satu perempat kerusi Parlimen diperuntukkan kepada tentera di bawah perlembagaan negara.

NLD  berada di landasan betul untuk menambah kemenangan besarnya pada tahun 2015, walaupun menerima kecaman meluas daripada beberapa etnik minoriti.

“Rakyat jelas menyedari NLD perlu mendapat undi  yang cukup untuk membentuk kerajaan  sendiri,” kata jurucakap NLD,  Myo Nyunt kepada agensi berita AFP, sambil menambah, kemenangan mutlak akan membantu meminimumkan konflik politik di Myanmar.

Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP) yang disokong oleh tentera pula telah dikalahkan hampir di seluruh  Myanmar dan hanya memenangi 25 kerusi menjelang hari ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI