fbpx

Diugut, bertahun-tahun menangis – Nonny Nadirah jadi mangsa sihir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NONNY NADIRAH mendedahkan apa yang berlaku terhadapnya selama ini berpunca daripada perbuatan sihir individu tidak puas hati dengannya.

PETALING JAYA – Lama menyepi dari radar dunia hiburan, pelakon juga penyanyi, Nonny Nadirah memberi bayangan seolah-olah melalui kehidupan sukar akibat gangguan sihir daripada individu dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Berdasarkan satu luahan terbuka dalam laman sosialnya, Nonny, 34, juga seperti ingin memberitahu punca kehilangannya selama ini mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat berkenaan.

Begitupun katanya, dia yakin keadaannya akan pulih, selain tidak pernah berhenti mendoakan pihak yang menggunakan ilmu hitam terhadap dirinya agar kembali ke pangkal jalan.

“Kita doa sungguh-sungguh agar dia bertaubat. Jika dia tidak mahu juga bertaubat dari hasil perbuatan tangannya, sihir-sihirnya (yang) bukan hasil setahun dua. Nauzubillahiminzalik.

“Sabar manusia mengikut kemampuannya. Perilakumu, lagakmu seperti kau Tuhan. Ini bumi Allah. Allah ajar aku tentang yakin,” tulisnya dalam perkongsian Insta Story.

Dalam hantaran sama, bekas peserta Akademi Fantasia musim lima (AF5) itu turut mendedahkan sudah lama diugut individu sama dengan pelbagai cara.

Situasi dilalui dalam jangka masa panjang itu diakui membuatkannya sukar melupakan perbuatan jahat dilakukan terhadapnya.

“Apa kau buat ni tidak lama lagi berbalik kepada kau dan keluarga kau kembali. Kau ugut aku, Allah ugut kau balik! Kau yang mula semua ni.

“Aku sudah hidup dengan dunia aku sendiri. Tiada guna diam dengan kau ni. Aku akan ingat sampai mati, dari tahun-tahun sudah, hari-hari kau buat aku menangis depan Allah,” katanya.

Sebelum ini, sudah  hampir tiga tahun pelakon filem Malay Regiment itu menyepi dari dunia seni sehingga ada peminat menyangka dia berundur dari dunia seni berikutan isu peribadi.

Namun kemunculan dalam sebuah saluran YouTube lebih sebulan lalu dengan imej kembali berhijab membuatkan peminat serta rakan terdekat termasuk Mila Jirin menarik nafas lega.

Terdahulu selebriti asal Kota Kinabalu, Sabah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda anak satu, Mohamed Mustain pada Mac 2008, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI