fbpx

Lelaki hina Agong di Facebook diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi laman Facebooknya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, suspek berusia 43 tahun itu didakwa memuat naik hantaran tersebut menggunakan akaun @SamBanjar Perak.

“Suspek dipercayai memuat naik hantaran hasutan yang mendatangkan kecenderungan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Suspek kini direman empat hari bagi siasatan lanjut berkaitan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Mohd. Shuhaily, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya membabitkan isu 3R yang merujuk agama, bangsa dan institusi diraja dan menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI