fbpx

Misbun, BAM sudah berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISBUN (kanan) bersalam dengan Norza dan BAM mengesahkan kedua-dua pihak sudah berpisah menerusi penyelesaian secara baik sejak kemelut tercetus sejak 28 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bekas Pengarah Kejurulatih Perseorangan Remaja negara, Datuk Misbun Sidek dianggap selesai selepas legenda badminton tanah air itu menolak pelawaan untuk kembali ke BAM.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, BAM mengesahkan kedua-dua pihak sudah berpisah menerusi penyelesaian secara baik sejak kemelut tersebut tercetus sejak 28 Julai lalu.

“BAM menganggap kes tersebut sudah ditutup dan kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap persiapan menjelang Kejohanan Remaja Dunia 2023 akan datang,” kata BAM menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, menurut satu sumber, Misbun enggan menerima tawaran yang dilakukan BAM untuk beliau kembali mengemudi perseorangan remaja negara sehingga kontrak asal sehingga hujung tahun ini tamat.

Keputusan tersebut sekali gus menjawab segala persoalan selepas Pengurus Peribadi Misbun, Nor Kamal Ahmad menyerahkan surat jawapan balas Misbun terhadap tawaran BAM minggu lalu.

Untuk rekod, BAM menerusi jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Misbun lebih awal 28 Julai lalu selepas prestasi mengecewakan skuad remaja negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogjakarta, Indonesia bulan lalu.

Bagaimanapun, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza bertindak mempelawa Misbun untuk kembali semula untuk kembali menggalas jawatan tersebut sehingga baki kontrak sedia ada tamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI