fbpx

Ten Hag kecewa jentera serangan United tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG terpaksa mengakui jentera serangan United bukan dalam prestasi terbaik selepas menang tipis 1-0 ke atas Wolves di Stadium Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Man­chester United, Erik ten Hag menyuarakan rasa kecewa atas ketumpulan jentera serangan pasukannya ketika menang 1-0 ke atas Wolverhampton Wande­rers pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi semalam.

The Red Devils memastikan tiga mata menjadi milik mereka selepas pemain pertahanan, Raphael Varane menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-76, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama United.

Bagaimanapun, keputusan itu langsung tidak menggembirakan Ten Hag kerana beliau mahukan jentera serangannya menampilkan sentuhan lebih berbisa ketika berada di depan gawang lawan.

“Satu perlawanan yang sukar, namun kami sepatutnya me­nguasai lebih banyak permainan. Wolves menampilkan aksi yang cukup agresif, jadi ia sedikit sebanyak beri kesukaran kepada kami untuk bermain.

“Saya mahu pemain-pemain dapat buat keputusan lebih bijak, kami perlu manfaatkan setiap peluang terhidang. Bagi saya, jentera serangan kami tidak berada pada tahap terbaik hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, beliau juga tampil mempertahankan pemain tengah, Mason Mount meskipun bekas pemain Chelsea itu gagal menampilkan aksi yang diharap­kan penyokong-penyokong Uni­ted.

“Dia (Mount) sudah menunjukkan aksi yang cukup baik dan laksanakan tanggungjawab diberikan. Saya gembira kerana dia bermain sangat baik sepanjang 90 minit permainan hari ini (semalam),” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI