fbpx

Suami cemburu buta maut ditetak majikan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teekia mengaku membunuh Tone untuk mempertahankan dirinya. – ThaiRath

BANGKOK – Sikap cemburu buta seorang suami akhirnya membawa padah apabila dia dibunuh oleh majikan isterinya selepas mereka bergelut dalam satu pertengkaran, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian di Takhli, wilayah Nakhon Sawan, mangsa yang dikenali sebagai Tone, 52, dikatakan cemburu dan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan majikan wanita itu, Teekia Saesue.

Teekia, 79, berkata, dia mengupah isteri mangsa, Maew untuk membina reban ayam di rumahnya.

Ketika wanita itu bekerja, Tone muncul secara tiba-tiba dan bertengkar dengan Teekia sambil menuduh lelaki itu cuba memikat isterinya.

Meskipun berkali-kali menafikan tuduhan itu, Tone enggan mempercayainya lantas mengacu pisau untuk menyerang Teekia.

Bagi mempertahankan dirinya, Teekia mencapai sebatang cangkul dan menetak kepala Tone menggunakan peralatan itu.

Teekia kemudian mengubungi Balai Polis Takhli dan mengaku dia membunuh Tone untuk mempertahankan dirinya.

Polis menemui mayat Tone dalam keadan berlumuran darah dengan kesan kecederaan teruk pada kepalanya.

Polis masih belum memfailkan sebarang pertuduhan terhadap Teekia tetapi memberi jaminan bahawa keadilan akan diberikan kepada semua pihak yang terlibat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI