BALIK PULAU – Hasrat lebih 50 penunggang motosikal menikmati malam hujung minggu di tepi pantai berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Batu Maung di sini terbantut apabila ditahan polis awal pagi hari ini.
Operasi sekatan jalan raya itu bermula kira-kira pukul 12 malam semalam melibatkan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD).
Penunggang motosikal terdiri remaja lelaki dan perempuan itu diarah menolak motosikal kira-kira 300 meter ke lokasi sekatan jalan raya untuk pemeriksaan lanjut.
Difahamkan, kesemua penunggang terbabit sedang melepak bersama rakan sebelum dikejutkan dengan kehadiran anggota polis.
Negara masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos depan. – K! ONLINE