fbpx

Lelaki buat kecoh dalam pesawat Malaysia Airlines didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang berasal dari Canberra ditahan sejurus pesawat mendarat di Sydney. – X

CANBERRA, AUSTRALIA – Polis Persekutuan Australia mendakwa seorang lelaki yang mencetuskan kekecohan di dalam sebuah pesawat Malaysia Airlines yang terpaksa berpatah balik semasa dalam penerbangan dari Sydney ke Malaysia.

Stesen penyiaran Sky News Australia melaporkan, lelaki berusia 45 tahun dari Canberra itu secara tiba-tiba membuat kacau dalam pesawat yang berlepas dari Sydney sejurus selepas pukul 1 tengah hari (waktu tempatan), semalam.

Sambil menggalas beg yang diletakkan pada bahagian hadapan badannya, dia mendakwa membawa bahan letupan.

Rakaman insiden itu menunjukkan suspek memberitahu penumpang bahawa dia ialah hamba Allah serta mendesak kru penerbangan mengulangi ayat serupa.

Pesawat MH122 membawa 199 penumpang dan 12 kru itu berpatah balik ke Sydney kira-kira pukul 3.45 petang (waktu tempatan),  manakala  suspek kemudian ditahan.

Dia didakwa pagi ini atas satu pertuduhan penyataan palsu mengenai ugutan untuk merosakkan pesawat serta kesalahan tidak mematuhi arahan keselamatan kru kabin.

Suspek turut berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda lebih AUD$15,000 (RM45,215). – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI