PETALING JAYA – Pengguna media sosial terkejut melihat gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang disifatkan mereka sebagai lelaki kacak ketika zaman mudanya.
Gambar Muhammad Sanusi itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Nazeera Nasir iaitu bersekali dengan gambar zaman muda Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
“Saya minta maaf kerana buat begini. Semua orang tolong teka, siapa orang sebelah kanan ni. Teka, teka,” katanya pada hantaran itu.
Ramai pengguna Twitter dapat meneka kedua-dua individu tersebut selain ada yang memuji wajah tampan Muhammad Sanusi.
“Alamak dia ‘hot’, kening tu 100 peratus. Tapi sekarang kenapa lah,” kata Argyptism.
“Dua dua kening dia memikat,” komen Joanne.
“Sanusi ‘handsome’ gila dulu,” ujar Wan.
“Rafizi nampak muka baik . Yang Sanusi budak nakal,” kata Naemah Ismail.
Dalam masa sama, ada pengguna Twitter lain turut memuat naik video memaparkan beberapa gambar lain sewaktu Muhammad Sanusi masih menuntut di universiti. – KOSMO! ONLINE