PETALING JAYA – Cuaca cerah diramal berlaku hampir di setiap negeri sehingga pukul 4 petang, hari ini.
Menurut laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, cuaca buruk hanya dilaporkan melanda negeri Sabah dan Sarawak.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang (Lawas), Sarawak.
“Di Sabah, cuaca buruk itu lebih tertumpu di Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam hantaran sama.
Tambahnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE